Kenali Unit Unit Bomba

metp_my_0605_pg2a_avbomba040517_yvonneleemy_9

UNIT STORM

S.T.O.R.M
(Unit Special Tactical Operation and Rescue Team of Malaysia (STORM)

antara tugas utama yang di sandang oleh unit khas ini adalah :

  • Operasi menyelamat di waktu malam
  • Operasi menyelamat berskala besar atau di altitud tinggi.
  • Operasi menyelamat di dalam Hutan
  • Operasi Menyelamat di udara dan laut
  • Operasi menyelamat jentera udara / kapal terbang atau helikopter.

 

anjing

UNIT K9


Unit K9 menggunakan anjing terlatih bagi membantu mengesan di dalam operasi SAR (search and rescue). 

Unit K9 juga boleh dikendalikan oleh seorang anggota Bomba atau unit khas Bomba bergantung kepada operasi yang dijalankan.

 

T10731 (1)

HAZMAT Unit Team

Ditubuhkan pada 29 oktober 1992 selepas insiden “Bright Sparkles Firework Disaster”,
Hazardous Material Unit Team atau lebih dikenali sebagai “HAZMAT” ialah unit Khas yang ditubuhkan oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia bagi menangani bahaya kimia iaitu 

  • Pengendalian tumpahan bahan kimia merbahaya
  • Menangani kebocoran Radiasi 
  • Memadam api yang mempunyai unsur kimia merbahaya
  • Menangani CBRNe ( Chemical,Biological,Nuclear exposure.

 

5908

Unit RIM

Rapid Intervention Motorcycle Team atau lebih dikenali sebagai unit RIM ditubuhkan pada tahun 1999 bagi menangani operasi menyelamat di kawasan yang bertrafik tinggi. Motor yang dilengkapi dengan kelengkapan asas untuk memadamkan kebakaran berskala kecil dan sederhana serta peralatan menyelamat,Unit Rim juga mampu menangani kemalangan lebih awal sekiranya jentera utama Bomba kelewatan disebabkan masaalah lalu lintas.

Leave a comment