PROGRAM TEMAN PILI BOMBA

teman pili
(Kredit kepada FriendofBombaMalaysia.blog)

Pili bomba merupakan sumber utama bagi mendapatkan air bagi melawan kebakaran.
Penempatan pili bomba yang strategik di sesuatu kawasan dapat memberikan impak yang besar bagi mengurangkan kerugian akibat kebakaran dan kehilangan nyawa.

Kami sangat menggalakkan sekiranya anda mendaftar untuk menjadi teman pili bomba
sekiranya terdapat pili bomba di kawasan perumahan atau premis anda.

anda boleh mendaftar secara dalam talian menggunakan pautan di bawah :

>>Pendaftaran Teman Pili Bomba Kawasan Tangkak<<

Mereka yang mendaftar sebagai Teman pili bomba akan menerima sijil pengiktirafan , cenderehati serta penghargaan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak kerana bersama sama membantu menjaga pili bomba daripada sebarang kerosakkan.

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA akan memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada komuniti ataupun masyarakat yang prihatin dan bertanggung jawab untuk TEMAN PILI BOMBA.


PILI BOMBA dilindungi di bawah Peruntukan Akta Perkhidmatan Bomba 1988 iatu
seksyen 26 :
“mana mana orang yang menutup, mengepung atau menyembunyikan mana mana pili bomba hingga menjadikan tempatnya sukar dipastikan atau menganggu mana mana pili bomba atau menggunakan pili bomba selain tujuan menentang kebakaran melakukan sesuatu kesalahan”