Kelab 3K (Sekolah)

B27ktjtCcAE6lpE

Kelab Keselamatan Kebakaran Kanak-kanak (Kelab 3K) adalah salah satu program Pembelajaran dan Kesedaran Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang ditujukan kepada golongan kanak-kanak.

Adalah menjadi harapan agar program ini akan memupuk pengetahuan dan kefahaman asas tentang keselamatan kebakaran kepada kanak-kanak yang bakal menempuh alam persekolahan.

Objektif

  1. Mengenal aktiviti-aktiviti kebombaan.
  2. Boleh bertindak BERHENTI – REBAH – GULING dan MERANGKAK ketika kebakaran.
  3. Boleh mengenal angka dan warna, mewarna dan bertutur.Pendaftaran untuk Kelab 3K dan Permohonan untuk membuat Lawatan di Balai Bomba Dan Penyelamat Tangkak kini boleh dibuat dalam talian :

     

    > Pendaftaran Lawatan <

    Sesi Sukatan Tempat & Peralatan Pengajar
    1 – 2 2.1 Latihan
    Berhenti, Rebah, Guling dan Merangkak.
    Langkah-langkah selepas Berhenti, Rebah, Guling dan Merangkak.
    Tempat : Kelas (Tadika masing-masing)
    Peralatan : Lantai dialas dengan kusyen, tikar atau karpet.
    Jurulatih dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah
    3 – 4 2.2 Demonstrasi (untuk guru tadika)
    Tatacara menggunakan alat pemadam api mudah alih.
    Tempat : Tempat terbuka
    Peralatan :
    Bekas tong untuk membakar.
    Minyak tanah.
    Alat pemadam api mudah alih.
    Jurulatih dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah
    Sesi Sukatan Tempat & Peralatan Pengajar
    1 – 4 3.1 Lawatan ke Balai Bomba.
    Melawat Bilik Kawalan dan Engine Bay.
    Mengenali jentera bomba.
    Memakai pakaian bomba.
    Tempat : Balai Bomba dan Penyelamat terdekat Jurulatih dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah
    5 – 6 3.2 Coretan
    Menceritakan pengalaman lawatan ke Balai Bomba dan Penyelamat.
    Melukis peralatan yang dilihat di Balai Bomba dan Penyelamat.
    Tempat : Kelas masing-masing Guru tadika